Hi Korang,
Ermm 2 minggu nie memang cukup hetic bagi aku. Dengan tak de masa nak update blog kan. Kalau update pun entry seringkas yang boleh je. Memang tak cukup masa betul lah.
So pagi semalam balik ke Penang, macam biasa aku keseorangan. Tak de siapa nak teman kan. huhuhuhu sedey sungguh rasanya. Tapi nak buat camne, keje mestilah di dahulukan. Tengah duk syok melalak2 dalam kete, tup tup jalan nampak cam blur je. Rupanya jalan berkabus. La tak kan kabus pun korang tak tau.
Camne kabus terjadi :-
Kabus ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%.
Kabus yang tebal dipanggil kabut. Dari segi darjah penglihatan, fenomena ini dipanggil kabut sekiranya darjah penglihatan kurang dari 1 km. Dilihat dari jauh, kabus agak kebiruan, manakala kabut lebih keperangan.
Kabut merupakan awan yang bersentuh dengan tanah, ia merujuk kepada keadaan kabus yang tebal. Kabut berbeza dari kabus cuma dari segi ketumpatannya. Kabut ditakrifkan sebagai awan yang mengurangkan darjah penglihatan kepada kurang dari 1 km, manakala kabus 2 km. Kabut mengurangkan darjah penglihatan dan boleh menyebabkan kemalangan.
Ermm dah paham dah kabus tu apa kan. Masa lalu time jalan berkabus tuh, aku siap bukak lampu lagi takut kereta yang tak perasan kan bila laju kan. Memang tebal aku tengok but bila dah lalu tak rasa plak lah. Memang sejuk je time tuh.
Matahari pun tak nampak, ditutup dek kabus
Jarang jumpa kabus kan, kecuali kalau keluar pepagi. Betul tak? Time aku lagi lebih kurang kul 8 pagi cam tu. Sebab tu jalan nampak kosong je, boleh siap berhenti amik gambo kan. Hehehehe..
Itu je, nanti citer lagi..
P/S : aku malas nak citer pasal site aku lah coz semua tak leh citer. Confidential katanya. Itu yang tak citer tuh.