Thursday, October 13, 2011

Nak Jadi MasterChef Mesti Ada Skill

Hi Korang,

Rasanya tak abis lagi citer aku pasal Astro Blogger MasterChef kan. Hari tuh aku da citer pasal Invention Test. Now aku sambung citer pasal Skill Test. 


Kitorg di ajar masak Poached Egg. Sejenis menu untuk breakfast gaya omputih. Aku cuma biasa tengok Benedict Egg je, yang resipi Poached Egg tak pernah plak aku tengok kan. 

Skil beb skill

So ktorg di tunjuk ajar dulu oleh Chef Ryan. Masak Poached Egg ni, kene ada timer. Baru jadi kalau tak hancus jawabnya.  Lepas 2 kali dia demo kat ktorg, so terus je ktorg di arahkan ke dapur memasing untuk cuba resipi ni kan. 

Masak ikut timer, kau hadoh!

Ermm aku pun ikut lah instruction yang di ajar tadi. Memula masak air sampai mendidih, kemudian kacau dan tutup api. Pas tu curah je telur. Then jadilah. Tapi tulis memang senang kan but nak buat bukan main payah ok. Lotih dibuat ek.

Poached Egg versi Cik Lily Putih

Hampir 3 kali aku test, baru lah jadi kan. Ermm bukan main payah dibuatnya. Lepas dah siap, hiaskan sket. Kasi lagi cantikkan. Then terus je pi anto kat judging table. Hah, kat situ pelbagai bentuk dan rupa telur aku boleh tengok kan.

Dengan Chef BiskutMarie Lemau

Tengok yang kat belakang tuh, over tau!

Lepas masa tamat, judging proses pun dimulakan. Bila time aku je, Chef Ryan kata good tau. Menjadi poached egg den nie. Senyum sampai ke telinga.  Sampai semua telur kena judge, ktorg dah mula resah gelisah. Maklumlah nak tukar top 5 kan. Yang borak sambung borak, yang pi berasap sambung berasap, anak2 kecil dah penat dan ada yang siap tertidur lagi.

Suker nau bergambo kan

Dapat hadiah saguhati je, jadilah kan

Aku dengan Kak Jem je yg kaki senyum kan

Masa Top 5 diumumkan, ktorg sesama sendiri dah boleh agak dah sapa yang boleh masuk. Tup tup bila MC announce blogger Jejai dapat masuk, lagilah tak sangka. Ermm congrats jejai dan blogger lain. Hopefully korang buat yang terbaik lah untuk final nanti.

Sayang betul apron nie x leh bawak balik plak lah

Ermm itu jelah kot aku boleh citer kat korang pasal Astro Blogger MasterChef ni. Memang banyak pengalaman pahit manis masa competition ni. Semua ini aku akan jadikan kenangan yang paling indah dalam dunia berblogging ni.

Sket info mengenai MasterChef Malaysia :-


Program title – MasterChef Malaysia

MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.

Program Channel – Astro Ria (Channel 104)



Twitter Link – www.twitter.com/MasterChefMY

Korang, war-warkan tau..



5 comments :

Jessying said...

Wah tak easy nak buat telor tu ya.. i also want to learn!

hazman aka species1980 said...

Beb....memang ade skil la masak egg poached ...relax je tangan masuk poket apron tue...hehehe

Unknown said...

Terbaik, pengalaman tu yg penting. Menang kalah belakang cerite... Chef Biskutmarie? Chef ke..? haha

Geng Borak said...

Chef CLP.. boleh masakkan untuk GTB laaa pas nih.. cayalah!

aliza said...

alamak syokya join aktiviti dengan bloggers.. teringin akak