Hi Korang,
Semalam agaknya dah terlampau penat mengemas segala mak neka kat umah tu tenaga pun rasanya abis lah kan akibat kekurangan gula dalam badan. Itu yang buatkan aku teragak nak makan yang manis. Sampai je bazaar ramadhan kat PKNS Bangi ni terus jadi rambang mata, melilau cari makanan yang manis2 belaka.
So ini di antara yang sempat di sambar.
Kuih Tako
Onde-onde atau Buah Melaka
Lompat Tikam
Pudding Caramel
Ermm nampak cam manis kan. Mr big cakap boleh potong kaki dibuatnya bila makan benda2 cam nie. So bila time buka je, letak semua ni atas meja dan rasa satu per satu.
Nak tau rasanya :
1. Kuih Tako
Bentuk dah cun. Colour dah ok. Cuma lapisan bawah tuh kurang hijau macam tak nak letak colour je,may be jiamt kot. Sengkung cinanya ermm tak rasa sengkuang pun. Lembik. Macam letak jelly.
2. Buah Melaka
Colour bukan main cantik. Itu yang tergoda tuh. Rasa plak. Setengah ada gula, setengah tak gula. Tepung semata. Kelapa bukan main banyak
3. Lompat Tikam
Aku tak berapa gemar, mr Big yang makan. Rupa ada tapi Rasa? hampeh!!
4. Puding Caramel
Cantik sangat. Rasa ok lah. Gula kurang but still boleh makan lagi. So tak la kick sangat. Sedap lagi MIL aku buat.
Dah macam MasterChef plak lah. Rasa sket then bagi komen. Kira cam membazir jugak RM8 hegget kan sebab makan tak abis.
So kalau ada sesiapa yang baca blog aku ni yang sedara mara ke, mak ke, kengkawan ke yang berniaga kat bazaar ramadhan tuh, berniaga dengan ikhlas lah. Jangan nak kejar untung je. Tak kisah kalau jual mahal tapi sedap, terasa. Kualiti makanan langsung tak de. Terpekik2 panggil orang suka beli kan but tasteless.
Aku bab-bab kualiti ni memang pandai, sebab aku keje bidang ni kan.
Rasanya, hari ni back to menu asal lah. Karipap dan popiah je untuk buka.
P/S : Korang penah kena cam aku tak? Mesti rasa sakit hati kan bila duit buang gitu je kan.. Ishkkk
9 comments :
me suka buat kuih sendiri tapi yg tak reti buat, hubby beli la :p
kih!kih!kih! xjd potong kaki la gamaknya yek. Potong poket jugak!
tu la pasal... aku kalau tak pegi jemputan buka pose...makan kuih je la senang....simple dan tak bazir...
kalau nak kompem sedap.. try rasa dulu sebelum beli.. ekekek,, nak cari kebab.. nak cari kebab...
http://shakiddo.blogspot.com/2011/08/1-2-3-lekuk.html
memang kak.. susah btol nak cari kuih yg sedap kat bazar tu.. semua rupa je yang menarik.. tp rasa.. macam. org nak niaga die pun nak niaga gak.. huhu..
beli kat bazar mmg pun camni...ada peniaga tu ikhlas, ada yang nak untung banyakk....teruk kan..
ye laa...
ritu mak beli ikan percik 3 ekor rm12 hinggi.......
boleyyyy
tu sebab akak suka beli kat gerai yang jual tak di bulan puasa..garenti sedap
Hai cikLilyPutih,jangankan terkena,menyumpah lagi adalah...sebab kita percaya dengan dialah kita beli ...hampeh indah khabar dari rupa , indah rupa dari rasa.
Post a Comment