Tuesday, June 21, 2011

Keseronokan Di Jonker Street, Melaka

Hi Korang,

Ramai orang citer, kalau pergi Melaka mesti kena singgah ke Jonker Street ni. Aku yang tetiap bulan balik Melaka ni belum pernah sekali pun jejak kaki ke Jonker Street so last weekend ktorg pi lah jugak kan ke tempat ni.



Jonker Street ni merupakan satu kawasan ala-ala perkampungan cina sebab majoriti yang duk jadi penjual tu orang cina. Memang jarang jumpa orang melayu kat situ. Mainly for Chinese lah. Kira-kira pasar malam bagi orang Cina tapi barang2 yang dijual di sini memang totally awesome lah sebab agak payah nak cari kat shopping kompleks dalam Melaka ni. Barangnya memang unik sekali.


Tempat ni memang sesak bila weekend yelah tourist suka datang sini. Shopping apa yang pelik. Aku plak sempat sambar accessories yang cantik like anting2,gelang,rantai. Ermm best betul lah.


Sepanjang jalan ni jugak ada satu taman yang di panggil Taman Warisan Dunia Jonker Walk. Dalam ini, terdapat pelbagai perabut jalan untuk kita berehat sambil bergambar menikmati keindahan taman tersebut. Konon2 kat negeri China katanya. Ada sculpture gajah, naga dan memacam lagi lah.


Oh ya, tempat pun dah ala-ala pasar malam, mesti banyak jual makanan kan. But be careful muslim majoriti makanan yang di jual di masak oleh orang cina. So faham2 jelah kan.  Bila aku tengok dimsum yang diorg jual tuh terus je rasa lapar coz baunya yang sangat mengancam lah. Pakkal je tak boleh beli kalau tidak.... ermmm....

Kalau nak bawak senior citizen pi Jonker Street ni bukan tak boleh but kesianlah kat diorg nie. Bila orang dah ramai jalan plak sesak silap2 haribulan boleh hilang kan. Tapi kena hati-hati ada ramai pickpocket tau. Ada sorang peniaga tu citer kat ktorg, diorg je cam buat2 terlanggar the terus seluk beg. Jaga2 tau. 


Ermm memang seronok sangat dapat berjalan ke Jonker Street ni. Memacam benda yang boleh kita tengok dan observe. Cuci mata katakan. Oh ye, kepada yang kaki melaram, baik korang ke sini coz banyak benda yang boleh korang beli dengan lebih murah tau.

Koyak kocek seluar aku lah....

4 comments :

Geng Borak said...

koyak poket shopping banyak.. hehehe.. tapi nnti cuba cek peti pos.. kut2 dapat macam aku kat Cek RM100 sudah sampai..!!

Anonymous said...

tak pernah sampai jonker street
maybe next time kot! kotlah! tsk!

Eliss said...

aku pun belum pernah gi sana.

hazman aka species1980 said...

hurmmm.....kalau tak silap geng photographer pun suka shoot gambar kat sini