Hi Korang,
Mesti korang dah lupa entry aku hari tuh pasal susu basi tu kan. La tak ingat? meh click kat sini. Baca dulu tau.
So ini sambungannya..
Memula aku plan nak call TESCO untuk mintak explaination dengan erti kata lain tukar je yang baru kan. But fikir2 balik, mesti leceh kan. So aku amik keputusan untuk call je Tollfree Marigold kan. So ini citernya
Marigold : Hello Marigold..... Can I help u?
Aku : Hello. Saya nak buat pertanyaan sket mengenai your low fat milk product lah
Marigold : Ye Cik, ada apa yang saya boleh bantu?
Aku : Begini citernya. Saya ada beli your product kat Tesco 2 hari lepas ..... (then aku citerlah apa yang jadi kan)
Marigold : Cuba bagitau saya, rupa bentuk sesama cik beli susu tersebut? kotaknya kemek ke? ada bau something ke kan
Aku : Ok.. ( aku pun citer lah cam ne rupanya bentuk menda alah tu kan)
Marigold : So macam ni, esok salah sorang pegawai saya akan datang ke tempat cik untuk ambil balik product susu tu untuk ktorg hantar ke lab bagi pemeriksaan selanjutnya.
Aku : Ok. nasib baik saya simpan lagi susu tu lah.
Esoknya...
After lunch ada plak orang datang jumpa aku. Rupanya Marketing Manager Marigold dari Seremban. Masa aku citer kat dia, expressi muka dia cam bimbang2 jugak lah. Yelah customer complain mesti lah takut kan. Lepas explain apa yang jadi, terus je dia bagi 3 kotak susu as replacement. Apa lagi suka lah kan.. Boleh buat mandi susu bagai.
Then 2 minggu lepas tu
Aku received call dari Cik Aziati from Marigold. Dia bagitau result pasal susu tuh. Actually kotak susu tu dah kemek masa aku beli, then segala mak neka mikro virus tembus masuk dalam kotak susu tuh. Itu yang dia jadi yeast pada susu tu kan. Dia jugak dah pegi inspect kat TESCO dan bagi warning pasal problem ni. So sekali lagi dia minta maaf pasal apa yang jadi lah then dia siap pesan lagi kalau jadi cam ni cepat2 call diorg lah.
Ermm itulah citernya. Aku rasa Marigold ni memang jaga betul lah kualiti product diorg lah. Lepas tu cepat plak tindakan yang diorang amik kan.
Hopefully citer nie dapatlah di jadikan panduan untuk korang kan. Mana tau terkena cam aku ke kan..
11 comments :
Waaa...service terbaekkk
wah. bagus lah. siap call balik kasitau result lab diorang :) psl kasi free tu mmg confirm. tu pun sikit je tu! 3 kotak je? hahahaha... patut kasi coupon free milk utk setahun ke haha :P
pernah gak beli yougurt marigold...masam gile...tak terfikir plak nak call customer service die...heheheh
wah bestnye... tak pasal2 dpt sekali 3 free!
uat lulur la kak..hihih
whoaa... bagus la tindakan diorang , nasib baik ko komplen skit je kalu tak sure satu lori manager tu kasi FREE....keh3x...
ohhoooo... mandi susu laaaa pasni.. muahahahaa
kalo dpt 1 karton ganti, lagi la bahagia..hehehe
wahhh..
terbaikk lah tindakan dari pihak marigold nih.
kalau p mengadu dgn tesco pun, mesti dapat replacement sekotak je kan... :)
3 kotak tak cukup nak madi susu
wahh ok esok nak call buat aduan lah.. tq kak..
lamaaa dah entry ni.. dah up balik tahun 2019.. weldone marigold!
Post a Comment