Hi Korang,
Menulis? Semua orang boleh menulis. Tidak kiralah mengenai apa pun. Pada pendapat aku setiap orang mempunyai cara penulisan yang tersendiri. Begitu juga aku. Aku lebih suka menulis di dalam bahasa kebangsaan daripada bahasa inggeris, ini kerana lebih mudah bermain dengan perkataan di dalam bahasa kebangsaan daripada bahasa antarabangsa.
Memandangkan bro Eyriqazz kita mengadakan contest mengenai Sponsored Post ini, aku begitu teruja untuk menyertai contest ni. Ini adalah kerana:-
1. Aku ingin belajar menulis entry dengan betul dan lebih berkesan
Aku rasa dengan menyertai contest ini aku dapat lagi memperbaiki mutu serta gaya penulisan aku. Ini kerana selama ni aku menulis hanya mengikut naluri hati dan perasaan sahaja. Jarang sekali aku menulis berkaitan dengan fakta dan juga informasi. Mungkin itu salah satu sebab aku agak payah dan sukar mendapatkan advertorial post dari Nuffnang.
2. Aku ingin cuba untuk mendisplinkan diri bila menulis.
Aku banyak menulis mengenai kegiatan harian, sudah tentunya cara penulisan aku akan mengikut mood, bila mahu update tidak kira waktu siang boleh, malam boleh time lunch boleh. Aku rasa itu merupakan salah satu sebab yang aku kurang mendapat perhatian dari Nuffnang kerana tidak ada kekonsistan dalam menulis sesuatu entry. Jadi bila sudah ada masa yang ditentukan atau dateline secara automatiknya aku lebih berdisplin dalam menulis.
3. Aku ingin terkenal dengan penulisan.
Majoriti semua blogger mahu terkenal di kalangan bloggers yang lain, tak terkecuali aku. Tapi aku mahu dikenali ramai atas sebab gaya penulisan aku dan bukannya disebabkan gossip-gossip liar di antara bloggers yang lain. Aku rasa semua blogger mahu dikenali dengan imej yang bersih.
4. Aku ingin di jadikan sebagai panduan kepada blogger yang lain
Aku rasa dengan menulis benda-benda yang berfaedah lagi berinformasi, membolehkan blog aku ini di jadikan sebagai panduan serta bahan rujukan kepada blogger yang lain.
Anyway, selain daripada fakta-fakta di atas, di bawah nie merupakan antara syarat-syarat yang harus dipatuhi untuk menyertai contest ini.
So, inilah syarat-syaratnya :
1) Buat Satu Entry Bertajuk " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com" dan berikan sebab kenapa anda mahu Sponsored Post ini.make it as interesting as possible.
2) Letakkan gambar GTO di atas di entry anda dan juga permalink entry ini.
3) 10 Entry yang paling eyriqazz gemari, i will give you one job to write, macam Pay Per Post/Sponsored Post and i will pay you RM30 Cash/Top up for it.
4) Tinggalkan permalink entry ada di komen entry ini.
5) tarikh tutup pada 28 Februari 2011
1) Buat Satu Entry Bertajuk " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com" dan berikan sebab kenapa anda mahu Sponsored Post ini.make it as interesting as possible.
2) Letakkan gambar GTO di atas di entry anda dan juga permalink entry ini.
3) 10 Entry yang paling eyriqazz gemari, i will give you one job to write, macam Pay Per Post/Sponsored Post and i will pay you RM30 Cash/Top up for it.
4) Tinggalkan permalink entry ada di komen entry ini.
5) tarikh tutup pada 28 Februari 2011
Itulah serba sedikit yang aku rasa kenapa aku ingin menyertai contest ini. Walaupun aku rasa harapan untuk mendapat tempat di antara 10 entry terbaik itu agak tipis namun aku tidak berputus asa malah jarang sekali berpatah semangat. Bagi aku ianya merupakan satu saingan yang sihat. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Apa-apa pun kegiatan berblogging ini akan aku teruskan jua walau apa pun yang terjadi. Yang penting semangat.
4 comments :
sponsored post camne tu erk?? tak phm.. :p
-Kecewa Dengan Dunia Blog??
thanks lily join in...2 slot sudah saya pilih myvi n ayuni...8 more to go...maybe ditambah kalau rezeki murah or ramai join in..hik3..
syabas dan sokong sepenuhnya di atas semnagat dan iltizam tu, semoga terus berjaya berkarya :D
holaa!! gud luck.. hohoho
Post a Comment