Friday, January 7, 2011

Acoustic Night With Atilia & Adibah Noor

Hi Korang,


Aku dapat invitation pi tengok untuk Acoustic Night with Atilia & Adibah Noor kat KL Pac. Disebabkan semua orang sibuk termasuk MrBig yang ada event kat opis dia kan, aku pun ajak Daydeck & K Ina KL. La bukan tak nak ajak yang lelain but aku cari yang paling dekat dengan area Sentul West nie je.

Ahli mesyuarat tingkap yang ada, K Ina KL dengan Daydeck

Show start kul 9.00malam and is actually live recording untuk Astro. So boleh nampak cam ne all the crews nie keje amik2 video nie, semuanya real. Dan nama pun acoustic night so segala instrument semua yang acoustic punya lah. Ktorg sampai before 8pm so sempatlah bercamwhore kat luar KL Pac nie walaupun gelap dan lepas hujan. Maklumlah aku kan first time jejak kaki ke sini. Cantik dah bangunan KTMB lama nie. So jakun lah aku sket kan.

Kurus kan Atilia nie

Performance Atilia malam tu memang superb. Kagum gilalah aku dengan dia. Suara dia memang sedap. Especially bawak lagu `Leka’ dan `Indah`. Memang dibuai mimpi lah orang kata. Tapi lagi best bila dia nyanyi lagu `Kekanda Adinda` yang ada feat Monoloque tuh, lagu tu diorg tukar melodinya jadi inang cha-cha. Bestlah.

So masa intermission, sempat jugaklah ktorg bercamwhore lagi. Dan sempat jugak amik gambo dengan Atilia okeh. Memang dia kurus giler. Cantik.


Comel kan diorg nie

So next show, Adibah Noor plak. Performance dia pun tak kurang hebat jugak. Sambil nyanyi sambil entertain ktorg dengan jokes2 dia yang sempoi2 tuh. Memang talented, lawak dia spontaneous. Lagu2 yang dia bawak plak memang lagu2 lama but sedap sangat bila dengar.


Abis show dalam pukul 11 cam tu, ktorg tunggu plak kat lobby coz nak bercamwhore dengan diorg nie. Banyak gak shot yang dapat amik lah. Atilia dan Adibah Noor memang very sporting. Siap buat2 lawak lagi. Ktorg jugaklah yang last2 sekali tinggalkan KL Pac nie.

 
Comel ketiga2nya

Orang kuat

Emcee show - Yasmin CLPT

Nasib baik, hujan dah berhenti dan nasib baik jugak lah K Ina sudi anta Daydeck balik kan. So aku pecut balik Bangi, lebih kurang 30minit cam tu dah sampai umah.


Ermm what a night ek, tapi I like..

 
Oh ya, kalau ada lagi sesapa yang suke pi tengok show2 cam nie,bagitau aku lekas. So apa2 aku hallo2 je korang kan..

3 comments :

isabelle said...

woh..ala2 adik-beradk gitu bergambar dgn adibah yg comel.

hazman aka species1980 said...

hurmmm... aku minat gak nak pegi event cenggini tapi agak bz keje laaa...haissh

kak ina kl said...

memang bestkan lily..kalau dpt ajak lagi