Hari nie ramai orang2 kat opis aku nie cuti, maklumlah majoriti ramai foreignerkan., so diorg nie mecelebrate 'Good Friday'. So aku cuberlah tanya one of bebudak kat opis nie pasal perayaan nie. Dia cakap, u google kat internetlah, i x tau macam mane mau explain same u.
So balik aku pun mengooglelah pasal perayaan nie. Yang pop-up semuanya dalam bahasa inggeris, so slow2 aku baca sambil kamus kat sebelah tangan. Baca punye baca so pahamlah aku sket nie. Sekarang nie, aku plak tak reti nak explain kat korang. Korang bacalah text yang aku jumpe dalam internet nie.(Part of it lah, yang lelain tu tak payahlah)
Good Friday
Soalan yang timbul adalah bilakah Kristus disalib? Seluruh dunia Kristian menjawab: "Hari JUMAAT!". Inikah sebabnya mereka meraikan "Good Friday" yang dijadikan cuti umum? Hampir setiap negara Kristian dari Amerika ke Zambia, dari Abisinia ke Zaire meraikan cuti umum pada hari "JUMAAT" semasa perayaan Easter. Apa yang menjadikan "Good Friday" begitu bagus? "Ia adalah hari kematian Kristus di batang salib untuk membasuh dosa-dosa kita", jawab penganut Kristian. Maka beliau dibunuh di batang salib pada hari Jumaat, 1950 tahun lalu? "Ya!", jawab penganut Kristian. Daripada rekod di dalam Gospel, kita dapati bahawa kaum Yahudi dalam keadaan tergesa-gesa mahu menghapuskan Jesus. Kerana itu perbicaraan diadakan pada tengah malam; kemudian beliau di bawa mengadap Pilate pada sebelah pagi; dibawa daripada Pilate kepada Herod dan kemudian kepada Pilate sekali lagi. Mereka yang berkepentingan takut kepada orang ramai. Jesus adalah wira mereka. Beliau adalah pelindung mereka. Musuh-musuhnya perlu menghapuskannya segera dan berjaya melakukannya. Bagaimanapun, seperti mana mereka tergesa-gesa menggantungnya di batang salib, mereka juga tergesa-gesa menurunkannya dari batang salib sebelum matahari terbenam pada hari Jumaat kerana hari Sabat. Sabat bermula pada lebih kurang jam 6 petang pada hari Jumaat dan di dalam Ulangan 21:23, kaum Yahudi diberi amaran bahawa mangsa salib adalah "terkutuk oleh Allah" dan tidak dibenarkan dibiarkan tergantung pada hari Sabat, "janganlah engkau menajiskan tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu". Untuk mematuhi pantang larang agama ahli-ahli Taurat dan Farisi, "hawari-hawari rahsia" Jesus menurunkan jenazahnya dari salib. Mereka memandikannya menurut adat Yahudi, "... Dia membawa campuran minyak mur dengan minyak gaharu, kira-kira lima puluh kati beratnya. Mereka mengambil mayat Jesus, mengapaninya dengan kain lenan dan membubuhinya dengan rempah-rempah menurut adat orang Yahudi bila menguburkan mayat." (Yohanes 19:39:40), kemudian meletakkan jenazah tersebut ke dalam makam sebelum malam.
(Petikan/credit dari web nie)
Itulah serba sedikit yang aku paham dari apa yang aku baca tadi. Patutlah diorg malas nak citer kat aku,takut aku salah paham nanti agaknya kan.Apa-apa pun kite kene menghormati perayaan diorg sebagaimana diorg menghormati hari raye kite kan? Aku suke ari jumaat, sebab pengujung minggukan, esoknya sabtu dah tak keje. Boleh berjimba2 merayau2 sambil mengabiskan duit mrBigkan !
p/s:Bagi aku ari jumaat memang ari mulia, betul tak?
6 comments :
Betul...
Zaman skang, apa org lain sambut/rai..
Kita pon nak celebrate gak without actually knows the meanings..
U did the right step to google it and learn.. bagus2.. (bukan maksudnya u nak rai good friday tau) don't get me wrong cik lily! :)
Anyway, Na hope one day we can meet mana2 as I nmpk u as sempoi woman... Tapi Na nie pemalu tau (heheh)
to us, muslims...
all fridays are good.lagi bagus.hahaha
semua tertunggu friday sebab esok dah weekendddd
@Cik Nana
i memang suker korek2 pasal hal nie. oneday we will meet up. nanti MBP ade event on may. care to join tak? i'll post entry nanti.
@Isabelle
memang best tapi ari jumaat ke malam jumaat? khakahkahakhakahka
@LoL
of course, boleh bangun lambat kan!
memang Jumaat sinonim dgn kita org Islam kan? even hari kiamat pun dikatakan pada hari Jumaat.
wah sy suka entry kamu.mcm ini lah 1 malaysia ;)
Post a Comment