Thursday, December 31, 2009

Happy New Year - 2010


Mungkin ini entry terakhir kot dalam tahun 2009 nie. Bangga gak aku coz dalam masa yang singkat aku bole menulis lebih dari 100 entry.(banyak yang merepek dr fakta)

Ermm majoriti blog yang aku singgah semuanya pasal azam tahun baru. Ada yang berazam nak keje kuat lagi, yg nak kurus sket, nak bantu mak ayah, nak study sungguh2, nk kumpul duit pg melancong dan macam2 lagi lah.

Bagi aku plak, bukan malas nak berazam untuk tahun 2010 nie, tapi azam2 yang tahun2 lepas masih dok tak tercapai lagi.

Apa2 pun aku still simpan niat untuk capai azam2 yg lelama tu.

Salah satu drpdnya adalah:
  • Semoga aku dikurniakan zuriat. sekarang masih dalam proses mencuba, dah banyak aku jumpa doctor. Majoriti jawapannya  adalah kene kuruskan badan dulu, baru boleh buat memcm test. Itu kata doctor, tapi kata mak aku plak, banyak2 bersabar lom ade rezeki lagi.
  • Semoga aku boleh keje kat MWZ lebih lama lagi.Seronok keje kat sini. Macam2 aku dapat belajar dari diorg nie. Klu dapat pegi training kat German pun lagi bagus kan. hehehehhe..
  • Semoga aku bebas dari sakit gigi yang kronik. Bukan ape, dentist private skrg nie dah mahal. Dah tu kene appointment plak tak leh nk walk in. Dulu masa duk Setiawangsa leh la pegi Klinik gigi kerajaan kat Jelatak tu. Kejap je diorg buat. Doctor bebaik2 plak tu. So skrg kenalah pepandai aku jaga gigi. Dahlah orang tak cun, gigi pun jgnlah tak cun ye...
  • Semoga aku dapat kawal kemarahan aku nie. Aku cepat sangat panas baran. tak boleh lebih kurang sket. Even mr Big lagi cool dari aku. Nasib baiklah dia ada. Dialah yang selalu suruh aku banyak bersabar selain dari mak aku. Ermm kene masuk anger management course nie.
 Ada lagi lah bende2 lain yang aku berharap sangat tapi ala bende kecik2 je.  Semoga apa yang aku citakan akan diberkati dan tercapai jua hendaknya.

Wednesday, December 30, 2009

Beli Sampoo Dapat Hair Dryer?


hah betul uols..
itu lah yang terjadi kat aku.
Aku pegi membeli sambil membelah di KLCC ari tu, saja je nak temankan mr Big beli barang dia. Then ktorg singgah kat guardian untuk beli personal stuff. So penuh la bakul dgn facial foam, ubat gigi, berus gigi,
cotton buds, tissue dan memacam makneka lagi lah.


Aku pun pegilah cari sampoo coz yg kat umah tu dah abis.


Tetiba aku nampak nie, sampoo dove dalam kotak gift. Consist of sampoo, conditioner dgn body wash. So aku pun amik. Bile aku tengok betul2 ade hair dryer pensonic. Aku macam tak percaya, siap goyang2 lagi. Betul confirm hair dryer. Bile tanye sales assistant, memang betul beli sampoo dapat hair dryer.


Bila bayar, aku tanye la kat cashier, betul ke dapat hair dryer, so dia cakap betul then aku pun bayar. Yang best tu bila bayar, cashier cakap RM34.88 je kak. Uish! lagi aku terperanjat, nak gelak pun aku, trus je aku bayar. Mr Big tanye apa yang seronok sgt sampai u senyum meleret2 nie. Bila aku tunjukkan dia, dia pun terperanjat.


Balik umah trus bukak. Memang confirm ade hair dryer siap dgn warranty card lagi.

mr Big cakap, bagus gaklah dapat coz aku selalu bising nakkan hair dryer nie.So jimatlah duit tak yah nak belikan untuk aku lagi.

p/s: bila plak aku nk pakai hair dryer nie ek? cuci rambut pun kat saloon.

Jepun Oh Jepun!

Cuba tengok nie:-



Kaiseki Menu

Appetizer

Chilled Uni Tofu / Nanohana Karashi Ae / Siro Baigai



Sashimi

Botan Shrimp / Yellow Tail / Tuna Belly

(Freshly imported premium seafood from Japan)



Steamed Dish

Shark Fin Chawan Mushi


Deep-fried Dish

Ei Hire Tempura

Simmered Dish

King Crab and Seafood in Paper Pot



Main Dish

Kobe Beef & Foie Gras with Balsamic Teriyaki

Seafood Fried Rice

Miso Soup



Dessert

Ao Take Dessert with Kaki Fruit

Satu hari aku survey bende2 yang kat atas nie. Maklumlah malam nie kene makan nie, so belajar2 amik tau ape bende nie semua. Tapi payahnya nak jumpe cuma dapat satu dua je, yang lelain tu hampeh tak jumpe.

Kepada sesape yg tau, tolonglah aku  nie..

p/s: pelik benor nama2nyer lah uish!

Tuesday, December 29, 2009

Jibbitz Crocs


Cube korang tgk gambo nie, agak2 ktorg nie cam bebudak tak?

Bukan ape, ini adalah koleksi terbaru ktorg. Dah tak tau nk collect aper lagi selain fridge magnet & RC cars. Collect crocs jibbitz ni seronok gak. Kalau beli yang original satu tu dalam RM9.90 itu kat boutique dialah. Kalau imitation tu RM10 dapat 4 jibbits. Jibbitz nie comel2  dan cute2 plak tu.

Macam2 bentuk, rupa, colourlah.

Aku suka pakai crocs nie coz dia lembut dan selesa. So far aku ade 2 crocs, satu untuk pegi keje then satu lagi untuk leisure. Senang apa2 baju pun match dengan crocs nie. Ada banyak choice kalau korang pegi botique dia. Check kat sini, Crocs Website.

Xenri D' Riverview


Aku mungkin akan ke sini esok. Ermm dah berangan2 nak makan tempura, udon, teppanyaki banyak2 sekali.
Maka jahanamlah pengurusan diet aku minggu ne huhuhuhuhu...

p/s: bukan senang nak makan kat sini kalau duit sket kan!

IceCream Float Coktail

Cuba bayangkan tengah panas2 nie dapat makan ice-cream float coktail.
Ermm lazatnya..

Nak buat? ala senangnya. hah cepat2 amik pen dgn kertas, salin cepat.


Bahan-Bahan : korang tengoklah gambar nie. Ice-cream,vanila coke, fruit coktail


Memula cari satu cawan yang besar untuk korang gunakan. Tengoklah cawan nie, macam modelnya jugak.


Bukak fruit coktail tu, then masuk kan kedalam cawan. Ikut suka, nak banyak ke nak sket ke kan.


Kemudian, tuangkan vanila coke dalam cawan tu, ikut suka gak


Pas tu, cedok ice-cream ke dalam cawan tau.


Kacau-kacau kan sesukaati


Then di makan & diminum seperti biasa.

Terima kasih kepada mr Big kerana sudi menjadi model dan juga menyediakan bahan2 sekali. Masa nie kat umah bondaku, dia haus sangat petang sampai sanggup pegi kedai mencari bahan2 nie. Aku tukang jadi reporter je.

Sekian dari dapur cik noriah kite.

p/s: memang sedap pun, very cooling!!

Kellog Special K, untuk Kesihatan Anda


Sekarang breakfast, aku cuba amalkan makan ni. Bile baca kat kotak, khasiatnye cam best je.



So kenalah makan dengan susu coklat sebab aku tak minum susu putih.


Bukan ape, sebab nak kurus sket lah. Ari tu masa 1 wk cuti naik 4 kg ooo.. gilors.

Terus panik kejap aku. Mampus lah cam ni, tak boleh nak bercuti lah coz cuti kali nie penuh dengan agenda makan2 je. Memane pegi pun asyik makan je dalam kepala otak aku nie.

Lagipun aku nak menyahut cabaran Mr Touyakaruma nie, untuk turunkan berat badan.

p/s : boleh ke aku turun 20 kg nie, uish uish uish... kene gelak dgn mr Big ade lah

Monday, December 28, 2009

Betul ke Alvin & The Chipmunks di Mines?


ermm kenaper? tak caye ke..


Korang tgkla sendiri, live tau dari Mines Shopping Centre last week.

Cadangnya nak jalan2 petang tu ke Mines sambil cuci2 mata sket tapi tak sangka plak, bile sampai sane baru nampak diorg tengah perform. Apalagi cepat2 amik gambo sambil berjalan. Berjalan? biar betul aku nie. Ha ah memang betul pun, sebab aku tak de spot nak berhenti amik gambo. Kawasan lobby mall nie penuh dengan orang. Sampai tingkat 3 pun still ramai orang lagi nak tengok diorg nie perform. Especially kids lah kan. Orang tua pun ramai gak yang sibuk2 amik gambo dan aku lah salah sorang daripadanya.

Then tetiba mr Big cakap,

mr Big : Jom amik gambo dengan diorg. I tau u suke kan.
me : Uik.. biar betul. Bole ke?
mr Big : Boleh la coz kite dah shopping lebih RM60 tu yg dapat pass utk amik gambo dgn diorg nie.
me : Nak nak.. jom cepat
mr Big : cam bebudak betul la.


So ktorg pun pegilah ke Information Counter, rupanye mr Big tadi beli barang pakai PB debit card, sebab tu ktorg leh dapat pass amik gambo tu.


Lepas beratur panjang2 yang orang berduyun ramai kat situ, dapatlah gak ktorg bergambar dgn Alvin & The Chipmunk. Rupanya diorg nie perform sempena film Alvin & The Chipmunk2 nak keluar kat cinema sempena Christmas nie.

p/s : sebijik cam bebudak kan?

Sunday, December 27, 2009

Sudah Pulang..

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat kembali jua ke blog aku nie. Rasanya dah bersawang coz tak satu entry pun aku auto-publish.

Setelah lebih kurang 1 wk aku tak online, memcm benda yang aku rasa nak citer dengan korang nie. Tapi nanti lah dulu slow2 okeh..

Nak check email, blog hopping kengkawan dan juga perkembangan MBP 1st Gathering. Mesti banyak aku dah miss huhuhuhuhu

Citer pasal percutian?? ermm nanti dulu, gambar pun lom sempat upload lagi.

Till then.. tatattatata..

p/s tgh fikir cam ner nk cari idea utk menulis nie, bahan dah ade tapi tulah kan... idea,idea,idea.. tolonglah..

Monday, December 21, 2009

Holiday Mode


Aku akan berjauhan dengan PC aku dalam masa seminggu nie. So no update lah ye.Walaupun aku tau tak de orang baca blog ni kan. huhuhuhuhuhu.. mak sedey nyah..


Sebab aku nk ke sini, berehat sambil mencari ilham sambil bergembira, sambil main lumpur, sambil mandi kolam, sambil makan2, sambil itu, sambil ini dan macam2 lagi.

p/s nk mandi jacuzi puas2lah..

Saturday, December 19, 2009

MWRC-Malaysia World Band Competition 2009


Malam tadi aku pegi tgk event nie.


Bukan dapat jemputan dari Nuffnang pun, but Dato Mahadir Lokman ajak ktorg as guest ke event nie. Actually he's good fren of my BIL (sigemuk). So ktorg pegi berempat dgn mama sekali.


Hujan sepanjang event, sekejap lebat sekejap reda. Participant from the whole world. Actually event malam ni as a closing and final competition. Since monday ari tu, diorg dah start perform kat area KL. Yang best sekali event nie live at Astro 812 ESPN channel. Best sgt.


Final malam nie consist of 7 band yang terhebat dan terrer sekali la. From South Africa, Indonesia, Thailand, Australia dan last but not less Malaysia. 3 band sekali masuk tau. Semua band costume diorg nie cantik2 tau. Aku suka South Africa team, coz diorg perform macam street parade. Then dancers diorg nie joget very sharp lah, ikut tempo. Team paling comel team Thailand coz diorg nie semua primary school. Comel2 belaka. But M'sia team, Sek Sultanah Asma memang bestlah. Performance diorg memang2 superb la. Kagum aku dibuatnya.


Then ade drummers berlawan plak, best2 gak la. Seronok + kelakar2.. Tapi itulah hujan sepanjang event, amik gambo pun tak sharp coz satu tangan kene pegang payung satu tangan lagi pegang camera.


For closing, banyak gile fireworks diorg bakar. Cantik2 tau, eventho masa tu hujan but people still berdiri dan tengok sambil teuk2 tangan.. hehehehehhe aku la tukan. Band yg menang of course la Sek Sultanah Asma, Band dr Indon pun dapat gak. Band Thailand dpt judge award. Band South Africa dpt best performance.


Last tuh, aper lagi joget lambak dalam hujan. hehehehe... Penat tapi best.

Friday, December 18, 2009

AVATAR. Kisah 2 alam


Malam tadi aku tgk midnight dgn mr Big family kat Pavilion. Ala si Gemuk yang belanja. Entah apa mimpi agaknya.
Show start pukul 11.50pm. Ktorg dah sampai dalam kul 10.40pm cam tu, so apa lagi jalan2 lah kat luar Pavilion tu jadi camwhore sekejap. Hehehehe.. jangan jelous tau.

Rupanya malam nie 1st show AVATAR. Aku plak tak baca sinopsis or tengok trailer dulu. Ingatkan cerita aper tah, pasal orang2 biru ni. Dahlah ceritanya 2jam 43minit.

Ceritanya pasal JakeSully yang cacat (ntah nama aku tak tau, tapi hensem) kena gantikan tempat kembar dia Tom (hensem gak) untuk satu job di Pandora. Ala outer space kononnya lah.

Dia kene masuk kedalam badan or klon yang kembar dia dah buat, sama sebijik dengan untuk ke alam lain (konon2 macam kite pegi alam bunian lah). Bila dia ke alam Na'vi ni, dia totally berubah menjadi manusia yang sempurna. Yelah lah dalam real world dia kan cacat, kaki tak bole bergerak. So alam ini, dia bertukarlah.


So dari situ pengembaraan dia pun bermula, menjadi orang asli disitu. But yang best dia tu, dia bole bertukar menjadi manusia balik bila-bila masa dia nak. Adalah satu machine tu yang boleh bawak dia ke alam Na'vi tulah.

Rupa2 dia di antara on satu mission yang dia tak tau. Nak tau apa mission tuh? Korang pegilah panggung dan tengok sendiri. Yang penting, graphic dia memang superb. Even mr Big dari memula ngantuk trus terbukak mata dia sebab kagum tengok CGI filem ni.


Ini offical website dia Avatarmovie. Cerita ni dari pengarah Titanic dulu, Mr James Cameron.


Dari 10 bintang, aku kasi 8. Sebab cerita dia best & aku tak ngantuk langsung.


p/s : apsl aku campur tulis nie, kata nak tulis dalam Malay nie.. ishkishkishk..

Thursday, December 17, 2009

The Biggest Loser Asia


Kenal logo nie ?

Sekarang ni tengah musim TV realiti ni. Masuk nie dah 3 minggu aku tengok. Seronok tengok rancangan nie.
Peserta pun dari serantau Asia kan. Malaysia je ada 2 orang. Iaitu Aaron & Nadia


Nadia & Aaron


Kevin from Filipina

Tapi yang aku suka tengok si Kevin ni. Orang paling besar sekali. Masa 1st timbang dia turun 14kg dalam masa satu minggu. Agaknya dia tak pernah bersenam kot kat rumah dia. Mak mertua aku cakap dia tu macam Spongebob, coz badan dia dah bentuk petak dah.

Apa-apa pun Good Luck pada semua peserta. Hopefully peserta dapat masuk ke final.

p/s bila aku nak kurus nieh??

Kod Etika Blogger?

Alamak terlupa nak cerita pasal ni.

Baru-baru PM kita, Dato Seri Najib telah menyarankan agar para blogger menjadikan Kod Etika Blogger sebagai satu garispanduan dalam menulis sesuatu di blog mereka. Kalau korang tak percaya sila baca di sini  Utusan Malaysia Online pada 12th Dec yang lepas.

Garis panduan ini juga telah diwarta dalam blog 1Malaysia juga.



Di antara kod yang perlu di patuhi adalah :

* Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
Aku : jujur menceritakan segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharianku

* Tidak memplagiat hasil tulisan.
Aku : Memplagiat ?? Ooo aku dah tau dah maknanya. Amik dari Aku & GDI.
Maknanya adalah :
"Plagiat itu mengambil penuh/separuh/suku sesuatu kandungan isi dari blogger lain ke blogger sendiri. Samada ia sekadar mengambil idea, teks atau hasil kerja dan mengaku apa yang mereka plagiat itu adalah hakmilik sendiri itupun dah orang panggil plagiat."


* Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
Aku : haruslah sebab aku cari sumber tu sendiri. Contohnya pergi amik gambar, melawat tempat-tempat yang dituju and etc

* Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
Aku : Aku takut dengan fakta, kalau salah nanti abis!

* Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
Aku : ok paham

* Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
Aku : Itu susah mesti.

* Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
Aku : Aku bersikap terbuka

* Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
Aku : Ok paham

* Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Aku : Itu yang aku takut tuh, amat berhati-hati.

Setakat ini, aku hanya menulis mengenai segala aktiviti yang berlaku dalam kehidupan seharianku. Kalau pun cume cebisan-cebisan kecil tentang apa yang berlaku dalam dunia sekarang ini.

p/s : Sekarang ni, kena lebih berhati-hati dalam menulis. Korang?? Ishk aku tak nak masuk lokap... huhuhuhu

Monday, December 14, 2009

Perang Paus



Korang penah tengok citer nie? Citer nie pasal ade satu society nie yg menjaga whale2 (ikan paus) nie dari terus diburu dah di jadikan bahan ujikaji di Jepun.



Actually  Pertubuhan Konservasi Sea Shepherd nie ditugaskan utk memelihara dan memulihara ikan2 paus. Ade kuota yg telah diperuntukkan berape ekor ikan paus boleh dijadikan bahan ujikaji.,Tapi masalahnyer orang Jepun nie tamak, even kuota dah cukup diorg still tangkap ikan2 paus utk dibuat makan diorg. Maklumlah org Jepun suke kan makan makanan pelik nie.


So episod malam tadi aku tgk, Kapal Steve Irwin nie yg bwk Sea Shepherd team nie diekori oleh satu kapal hantu yg kononnyer tak penghuni. Dah 6 hari kapal hantu tu ikut diorg, so diorg syak la something weird kan. Diorg pun plan nk ambush kapal hantu nie. Bile dah dpt idea, diorg pun pasanglah perangkap. Yang seronoknye citer nie bukan macam korang tgk discovery channel tapi more tu citer Private of Carribean, betul aku tak tipulah.

Masa diorg ambush, memang macam hide and seek lah. Kejar pun kejar dpt gak diorg follow. Bile dah dekat, baru nampak kapal tu kapal jepun dan ade org pun siap lambai2 lagi kat team nie. Bile contact2 tak nak jawab. So diorg let go je kapal hantu nie, yg kononnya tak de ape2 lah kan. Bile check2 rupe2nyer kapal tu kapal perisik Jepun, so makneyer Jepun anta kapal hantu tu utk ikut Sea Shepherd nie then report kat Jepun koordinat kapal Steve Irwin.

So bile diorg nk cari blk kapal Jepun tu, tup tup kapal hantu tu trus hilang tak dpt nk trace.

Pas tuh, sambung episod depan.. bengong, manelah aku tau episod depan nye plak. Kenelah tunggu dan tgk.
Ishk korang nie, aku tgkla minggu depan nanti aku update kat koranglah.

p/s belum penah cuba whale sushi nie, nak pg makan kat sushi king lah pas nie.

Color Me Corby

Selak2 blog orang lain, terselak la sekali Nuffnang Web nie. Tetiba ternampak Contest Nie.


Rupa-rupanyer contest nie di anjurkan oleh Nuffnang Web dan di sponsor oleh SamsungMobile
Cam menarik kan! Ingat senang ke nak dapat free2 camtu, korang kene ikut syarat2 yg telah ditetapkan tau.

1. Write a blog post titled “Colour Me Corby” and share with your readers how colorful your life is (literally, or not)

      Hidup aku penuh dengan warna warni. Maklumlah aku nie kerja dgn orang pelbagai bangsa. So setiap hari aku kene berhadapan dgn pelbagai kerenah orang2 kat opis aku nie. Sekejap kang yg sorang nie nak macam nie kang sorang lagi nak yang camtu plak. Korang bayangkan lah kalau dah ramai sangat cam ne lah aku nk layan perangai diorg nie. Tapi tak pe seronok keje dengan diorg nie. Macam2 pengalaman aku dpt. Yang best dpt rasa masakan dari negara diorg dan jugak dpt belajar bahasa diorg. Best tuh!.

2.  Take a picture of yourself themed with one of the colors of Samsung Corby.


Aku pilih orange sebab colournyer terang


Aku dah memang suke orange. Even JPJ pun colour orange tau.

3.  Submit your details, permalink and upload your photo at the Submit Page (http://www.nuffnang.com.my/samsungcorby/submit/)
Dah submit pun

Hopefully aku tercalon utk pegi ke Samsung Color Me Corby Carnival Samsung kat Sunway Extreme Park pada 16th January 2010 tuh kan, sebab cume 75 orang nuffnangers yang akan invitation tuh.

Kat situ nanti ade macam2 game dan jugak goodies bag pun dapat tau. Hadiah2 utk game lom kira lagi kan.
Ewah3x..bukan main lagi aku berangan ek!
Chow.. nk pegi mentelaat camne nak main paintball nie ek

p/s nak doa bebyk.. mintak2 dapat kan.