Thursday, August 14, 2025

Untuk mereka yang memiliki kulit sensitif: Memahami kulit berasaskan sains dengan Cetaphil dan produk baharunya yang berinovatif

Hi Korang,

Cetaphil®, rangkaian penjagaan kulit sensitif terkemuka antarabangsa yang dipercayai dan jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia*, mengumumkan transformasi penjenamaan semulanya dengan langkah berani menggunakan strategi berasaskan sokongan advokasi. Pendekatan baharu ini telah diperkenalkan semasa pelancaran rasmi Cetaphil SkinLABS dengan kolaborasi bersama pakar-pakar dermatologi, di samping turut menjalinkan kerjasama baharu dengan komuniti pempengaruh. 


Ini memastikan nasihat dan ilmu daripada mereka yang berpengalaman dapat diakses oleh semua pihak. Tambahan lagi, Cetaphil ingin memperkenalkan rangkaian yang lebih inovatif dengan melancarkan dua produk perintis: rangkaian Gentle Exfoliating Salicylic Acid dan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream.

Misi bersama: Pakar Dermatologi, Ahli Farmasi, KOL (Pempengaruh) dan Cetaphil

Bertindak di atas penerimaan cadangan dan nasihat yang terlalu banyak berkaitan penjagaan kulit di media sosial, yang sering menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan lapisan pelindung kulit, Cetaphil telah melancarkan strategi berasaskan sokongan advokasi, yang mengutamakan pendedahan pengguna kepada kepakaran dermatologi. 


Kekurangan—pengetahuan dermatologi boleh menyebabkan seseorang mendapat maklumat yang salah dan berkemungkinan terdedah kepada amalan penjagaan yang memudaratkan, Cetaphil menjalinkan kolaborasi dengan pakar dermatologi dan pempengaruh untuk mempelajari dan mendapatkan sokongan berkaitan penjagaan kulit yang berkesan untuk semua.

“Komitmen Cetaphil adalah untuk menghasilkan solusi berpandukan sains yang merangkumi semua keperluan penjagaan kulit, demi memastikan semua orang—tanpa mengira jenis kulit atau masalah mereka—mempunyai akses kepada penjagaan kulit yang berkesan serta telah dibuktikan secara klinikal,” kata Cik Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia.

Kulit sensitif: Keberkesanan tanpa kompromi

Kulit sensitif menjejaskan hampir 50% orang dewasa di Malaysia. Meskipun perkara ini agak mengejutkan, salah faham sejak sekian lama telah menghalang perkembangan untuk kategori jenis kulit sensitif ini: produk yang direka untuk kulit sensitif sering dilihat sebagai terlalu lembut atau kurang dari segi keberkesanannya.

Cetaphil dengan tegas telah menolak stigma ini, dengan memberikan solusi penjagaan kulit yang berkesan di samping melindungi lapisan pelindung kulit tanpa menjejaskan hasil keseluruhannya.

"Selama lebih 75 tahun, Cetaphil telah berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan mendalami penjagaan kulit berasaskan sains agar semua orang berasa bebas untuk menyerlahkan diri mereka yang paling autentik. Di Cetaphil, kami untuk semua yang berkulit sensitif," kata Cik Cindy Tiu, Pengurus Negara Cetaphil, Malaysia.

Inovasi terkini untuk setiap keperluan kulit sensitif

Dihasilkan untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat, Pembersih dan Losyen Lembut Cetaphil Gentle Exfoliating SA adalah gabungan yang hebat. Ia menggabungkan tiga asid lembut—PHA (Glukonolakton) untuk melembap dan menghidrat, AHA (Asid Mandelik) untuk memperbaiki tona kulit serta penghasilan sel kulit baharu, dan BHA (Asid Salisilik) untuk mengawal minyak dan mengurangkan kemerahan—bagi pengelupasan yang lembut tanpa kerengsaan. 


Campuran unik ini menggalakkan pembaharuan sel untuk menghasilkan kulit yang lebih lembut dan berseri selepas dengan hanya sekali penggunaan, secara klinikal dapat mengurangkan jeragat sebanyak 28% dan bintik hitam sebanyak 45% pada kulit yang mudah berjerawat. Ia juga meningkatkan kesemua 15 seramida penting untuk memulihkan lapisan pelindung kulit, sementara losyennya memberikan penghidratan selama 48 jam.

Gentle Exfoliating SA Cleanser: Pembersih ini berkesan menanggalkan kekotoran dan mengelupas dengan lembut, menjadikan kulit lebih lembut dan halus selepas dengan hanya sekali penggunaan. 90% pengguna bersetuju kulit mereka terasa lebih lembut dan halus selepas satu kali menggunakannya.

Gentle Exfoliating SA Lotion: Terbukti secara klinikal mampu memberikan hasil yang pantas dan ketara ke atas tekstur dan tona kulit, losyen ini meningkatkan penghidratan segera sebanyak 83% dan bertahan sehingga 48 jam, di samping mengelupas dengan lembut untuk tona kulit lebih sekata.

Memahami keperluan unik kulit halus bayi yang baru lahir, Cetaphil berasa bangga untuk memperkenalkan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream BAHARU, formulasi yang telah diuji secara klinikal, bebas pewangi dan bebas jeli petroleum yang direka untuk kulit halus bayi yang baru lahir dengan memberikan tiga manfaat utama:

· Melegakan: 
Gabungan Gliserin, Minyak Bunga Matahari dan Minyak Badam dapat segera melegakan kerengsaan dan kekeringan. Ia memelihara lapisan pelindung kulit dan meningkatkan kelembapan.

· Menghidratkan: 
Memberikan penghidratan sehingga 48 jam, menjadikan kulit lembut dan licin.

· Melindungi: 
Menghasilkan lapisan pelindung untuk perlindungan terhadap 5 tanda kulit sensitif. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki lapisan pelindung kulit daripada aplikasi pertama selama sehingga 8 jam, penghalang terhadap punca luaran kerengsaan.

Pengalaman hebat jenama di Cetaphil SkinLABS

Cetaphil SkinLABS bukan sekadar pameran rangkaian produk; ia merupakan sebuah platform pembelajaran yang direka untuk membina pertalian jenama dengan pengguna di kalangan Gen Z dan Milenium bagi mengukuhkan lagi kedudukan Cetaphil sebagai teman penjagaan kulit seumur hidup. Acara ini menghidupkan etos kempen melalui pengalaman yang mendidik dan menarik, meningkatkan lagi keyakinan dari segi klinikal melalui penceritaan berinteraktif yang berteraskan sokongan advokasi.

Acara ini menampilkan ahli dermatologi terkemuka, pempengaruh KOL kecantikan dan gaya hidup, media dan pengguna jenama lain, di mana kesemua mereka dijemput untuk menerokai pendekatan Cetaphil yang berasaskan sains. Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan termasuklah sesi interaktif, ceramah berinformatif yang diterajui oleh pakar dermatologi, dan demonstrasi inovasi terkini jenama Cetaphil.

Antaranya termasuklah:

Sudut pandangan pakar dermatologi terkemuka, pempengaruh KOL, dan ahli farmasi, yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dengan Cetaphil di samping meningkatkan kesedaran tentang sensitiviti kulit dan keperluan penjagaan yang lembut kulit berasaskan sains.

Panduan untuk pelbagai peringkat zon—Zon Penghidaratan, Pengelupasan, Berseri, dan Penjagaan Lembut—membolehkan pengunjung merasai sendiri bagaimana rangkaian produk Cetaphil menjaga kulit sensitif di setiap peringkat kehidupan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Pembersih dan Losyen Lembut Pengelupasan Salisilik Asid BAHARU, Krim Pelembap Bayi Cetaphil BAHARU atau Cetaphil SkinLABS, sila layari www.cetaphil.com.my atau temui kami di TikTok, Instagram dan Facebook.

Wednesday, August 13, 2025

Dododots Releases DC-Themed Couple Edition Acne Patch Blind Pack

Hi Everyone,

Known for turning acne care into something fun and empowering, Malaysian skincare brand Dododots is now bringing that same creative energy into the superhero world with a brand-new DC-inspired Couple Edition Acne/Pimple Patch Blind Box. Launching on 15 July 2025, this limited-edition release is designed for two, making it perfect for couples, best friends, and anyone who wants to share the fun surprise.


The packaging splits right down the middle (think Christmas cracker snaps but with acne patches instead), which gives this blind pack a clever twist. When torn open together, each side reveals a different character line up. One half features fan-favourite characters like Batman, Superman, The Flash, and Joker, while the other includes female icons like Wonder Woman, Supergirl, Catwoman, and Harley Quinn. Each box contains two sets, each consisting of 25 unique acne patch designs, making this blind box a fun collectible way to care for your skin while showing off your favourite heroes or villains.

“This collection was designed to be interactive and meaningful as it’s more than just a skincare product – it's something you can experience together with a partner, sibling, and even your best friend.” said Ethan and Esther Wong, the founders of Dododots.

Building on the buzz of previous releases such as their The Powerpuff Girls-inspired acne patches, Dododots continues to push the boundaries of skincare with standout designs. This upcoming DC-inspired blind pack is no exception, featuring iconic DC Super Heroes in Dododots’ confidence boosting products.



Each Couple Edition Blind Pack includes two sets of 25 patches. As this is a limited release, fans are encouraged to grab theirs quickly. The pack will be available in Malaysia for RM33 and Singapore for SGD14, starting 15 July 2025.

Dododots (pronounced doh-doh-dots) is a Malaysian creation and the brainchild of friends Esther Wong and Ethan Wong who both grew up battling acne problems and wanted others with the same issues to feel happy and comfortable in their skin. The two science graduates put their medical biotechnology, environmental biology, and microbiology knowledge together to create these innovative acne patches in 2021 during the pandemic.





The result was the innovative Dododots beauty patches that are made of 100% hydrocolloid material but fully coloured with various shapes and designs as a refreshing alternative to traditional transparent patches. The acne patches use the same clinical grade wound dressing material doctors use on patients after surgery, making them not just fun but functional. Dododots patches are FDA-approved as well as ISO and CE-certified and are suitable for all skin types and ages.


While the innovative products are available via the brand’s online store, the demand for the products almost instantly prompted Dododots to introduce its vending machines to offer on-ground convenience to its customers. 


These vending machines made their debut in 2023 and can be found at Asian Avenue in Sunway Pyramid, MyTOWN Shopping Centre, Central Market (Pasar Seni) in KL, Monash University Malaysia, Paradigm Mall JB in Johor Bahru, and Plaza Singapura in Singapore. The Dododots partnership with leading health, beauty, and personal care chain Guardian also extends the brand’s presence to stores in Malaysia (over 600), Singapore (100) and Vietnam (130) located at high streets and popular shopping malls, as well as in the e-commerce space.


Tuesday, August 12, 2025

MRFIX Gadgets Puncak Alam – Repair iPhone & Laptop

Hi Korang,

Masalah laptop ke phone kalau rosak, memang pening kepala sebab harganya sangat 'keras' dan kalau tak jumpa yang betul-betul pakar memang sangat payah kan.

Oleh itu, MRFIX Gadgets Puncak Alam adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan servis pantas, berkualiti dan mesra bajet.

Berpengalaman lebih 7 tahun dalam membaiki pelbagai peranti, mereka mampu menyelesaikan masalah dengan cepat, bergantung kepada masalah kerosakan yang di hadapi, ada tuh boleh siap dalam 15 minit sahaja.


Team berpengalaman MRFIX Gadgets Puncak Alam sentiasa bersedia membantu korang dari masalah kecil hingga besar, semuanya kami selesaikan dengan pantas

MRFIX Dibuka Di Puncak Alam


Lokasi strategik: Berhampiran UiTM Puncak Alam, memudahkan pelajar dan penduduk sekitar. Parking senang dan kedai ini berada di tingkat satu.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 10 pagi – 10 malam.

Kelebihan MRFIX


· Baiki semua jenama
Apple, Samsung, Huawei, Oppo, Lenovo, Sony dan banyak lagi.

· Pemeriksaan percuma
Pelanggan boleh kenal pasti masalah tanpa caj.

· Face-to-face repair
Proses pembaikan dilakukan di depan pelanggan (jika tidak serius) siap dalam 20 minit. Jika tidak, 3 hingga 7 hari siap!

· Alat ganti tulen & berkualiti tinggi
Menjamin ketahanan dan keselamatan peranti.

MRFIX Puncak Alam
pakar baiki iPhone, Android & semua jenama telefon dengan alat ganti tulen


Antara Servis Yang Ditawarkan

· Ganti skrin retak / pecah

· Tukar bateri iPhone serendah RM99

· Baiki butang rosak

· Pembaikan motherboard

· Update software / firmware

· Check & tukar bateri

Kaedah pembayaran: Tunai, kad kredit/debit dan eWallet.

Promosi Menarik di Cawangan Puncak Alam


Tukar LCD – Percuma Hot Wheels (selagi stok masih ada)
Tukar bateri iPhone – Harga bermula RM99
Diskaun 10% – Screenshot video ahkak kat tiktok untuk tebus diskaun
Repair pantas – Masalah kecil boleh siap secepat 20 minit

Pemilik MRFIX Gadgets Puncak Alam, Encik Ramzi Chan, pakar membaiki MacBook dan laptop dengan hasil kerja berkualiti tinggi


Mengapa Ramai Memilih MRFIX Puncak Alam?

MRFIX terkenal dengan servis pantas, kemahiran teknikal yang tinggi dan layanan mesra. Ramai pelanggan memberikan maklum balas positif tentang kualiti kerja mereka. Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan termasuk di cawangan Puncak Alam ini.